Manifesto Sedia Ada “It is not my level”, Azwan Ali Sediakan 5 Manifesto Sekiranya Menang Menentang Azmin Ali

Selebriti sensasi Azwan Ali, yang telah mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, memilih untuk tidak menjalankan kempen secara tradisional.

Menurut Azwan Ali, dia mempunyai pendekatan tersendiri untuk berkempen dan tidak akan memasang poster seperti kebiasaan yang dilakukan calon PRU lain.

“Cara-cara tu semua old fashioned (fesyen lama). It is not my level (Bukan taraf saya). Kerana, saya ada cara tersendiri,” katanya.

Bagaimanapun, dia yang akan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan logo Gajah menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai rancangannya.

Terdahulu, Azwan mengumumkan lima manifesto dalam misinya bagi memenangi hati penduduk di DUN berkenaan.

5 Manifesto Azwan Ali Yang Akan Di Tunaikan Jika Menang Bertanding.

  1. Konsep turun padang setiap hari demi rakyat,
  2. Hapuskan politik rasuah serta merta,
  3. Menyelesaikan masalah air di Selangor,
  4. Menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat dan
  5. Bersedekah bersama rakyat

Katanya, kesemua manifesto yang disenaraikan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan menerusi maklum balas yang diterima dari penduduk berbilang bangsa di Bukit Antarabangsa.

Azwan yang juga digelar Diva AA berkata, dia sudah bersedia untuk berentap dengan abangnya dan akan berjuang walau tidak punya jentera yang besar seperti parti-parti politik lain.

Netizen Pinta Azwan Ali Menggunakan Logo Sotong.

Azwan Ali, mengesahkan bakal menggunakan logo Gajah untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Bagaimana pun, ada segelintir netizen secara berseloroh meminta Azwan Ali menggunakan logo sotong.

 

Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber: Astro Awani via cenggitu cenggini

kredit:matbawang
Facebook Comments

Loading…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*